Pelanggan tak perlu tunggu di kedai.
Pelanggan ambil nombor giliran dari phone, dapat notifikasi bila tiba masa gerak, dan kumpul point setiap kali potong. Kedai anda dapat app sendiri dan senarai pelanggan yang datang balik.
Tiada kad diperlukan. Tiada komisen setiap transaksi.
Tinggal 2 orang sebelum giliran #12.
Kerusi penuh hujung minggu, kosong hari biasa.
Pelanggan patah balik
Sampai kedai, nampak ramai menunggu, terus pergi kedai lain.
Pelanggan lama hilang
Tiada cara mudah ingatkan pelanggan bila dah tiba masa potong lagi.
Komisen kira manual
Hujung bulan kena kira bil setiap barber satu-satu dari buku atau WhatsApp.
Empat langkah, dari scan sampai bayar.
Scan QR
Pelanggan scan QR di pintu kedai, poster atau link di Instagram. App terus buka di phone, tanpa App Store.
Ambil nombor
Pilih servis dan barber, atau "sesiapa yang kosong". Sistem kira anggaran masa menunggu.
Gerak bila dekat
Push notification "gerak sekarang" bila tinggal dua orang. Pelanggan tunggu di rumah atau kedai kopi.
Bayar, dapat point
Barber tekan siap. Bil, point, voucher dan komisen barber direkod terus.
Semua yang barbershop perlukan setiap hari.
Giliran walk-in
Pelanggan masuk dari app atau kaunter. Anggaran masa belajar dari kelajuan sebenar setiap barber.
Pilih barber
Pelanggan boleh minta barber kegemaran. Staff tanda siapa bertugas setiap hari.
Point & ganjaran
Kumpul point setiap bil, tebus servis percuma di kaunter.
Hari jadi, voucher & referral
Voucher hari jadi automatik, kod promo, dan bonus point bila ajak kawan.
Blast promosi
Hantar promosi terus ke phone pelanggan melalui push notification.
POS & komisen
Terima bayaran tunai, QR atau kad. Laporan komisen setiap barber ikut tarikh.
Papan TV giliran
Paparkan nombor yang sedang dipotong dan seterusnya di TV kedai.
Multi-cawangan
Satu akaun untuk semua cawangan. Ahli dan point dikongsi, giliran ikut cawangan.
App jenama kedai
Selepas langgan, app di phone pelanggan keluar dengan nama dan logo kedai anda.
Tanya data kedai, macam tanya manager.
AI jawab dari data sebenar kedai anda: barber paling laris, hari paling slow, pelanggan yang dah lama tak datang. AI juga boleh tulis cadangan blast promosi, dan anda semak sebelum hantar.
Jawapan AI keluar di sini, berdasarkan bil dan giliran dalam sistem kedai anda.
Buka demo dari phone anda.
Semua nama dan angka dalam kedai demo ialah contoh.